Loading detailsβ¦
Loading detailsβ¦
Artist
Kumpulan DeF-Gab-C merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu yang bernuansa hard rock dengan sentuhan punk, emo/gothic dan pop rock. Sejarah awal Nama kumpulan ini dikatakan diilhamkan oleh JS Kevin, seorang penggubah dan penulis lirik lagu rock yang terkenal sekitar 80-an dan 90-an. JS Kevin bersama Joe Wings merupakan antara individu terawal membantu meluncurkan kumpulan ini ke persada arus perdana setelah sebahagian mereka pernah bersama beberapa kumpulan rock mediocre pada awal 1990an. Hanya pada 1997 kumpulan ini berjaya merakamkan album sulung mereka sendiri yang berjudul Citarasa. Album sulung Def-Gab-C ini menampilkan beberapa lagu berbahasa Inggeris dan sebahagian lirik dalam bahasa Melayu ditulis oleh Bob Lokman. Single Ibukota Cinta meletakkan nama kumpulan ini sebaris dengan kumpulan hard rock sedia ada dalam waktu yang singkat. Kemuncak Populariti Kelahiran album Skala pada lewat tahun 1999 seterusnya meletakkan nama Def-Gab-C ke tahap yang lebih baik lagi. Lagu Cinta Sakti yang dicipta oleh M. Nasir berjaya menawan hati pendengar sehingga pernah dirakamkan semula oleh kumpulan Senario sebagai lagu Cinta Sate. Kejayaan sebenar muncul menerusi album ketiga yang berjudul Remifasolatido yang menampilkan hits nombor 1 di majoriti carta muzik iaitu Marilah Maria ciptaan JS Kevin dan juga Aku dan Kamu ciptaan Andi Rahman. Lagu Marilah Maria membawa pulang trofi "Lagu Rock Terbaik" di Anuge