Loading detailsβ¦
Loading detailsβ¦
Artist
Cryptic Malediction ditubuhkan pada tahun 1993 oleh dua orang deathmetal maniacs, Zul dan Tamlikha. Mereka menghasilkan sebuah demo mengandungi tiga buah lagu pada tahun 1995 bertajuk 'Cognitive Dissonance', mini album(EP) lima lagu 'Insanity to Berserk' pada tahun 1998 (diterbitkan oleh Ultra Hingax Production), split album bersama Indamnation bertajuk 'The Rebirth' pada tahun 2000 yang diterbitkan MuzikBox/Pony Canyon(mengandungi satu lagu baru 'Warrior of The Sand' selain rerelease EP ) dan album sulung 'Embedded in Blood...feudal delirium' pada tahun 2003 yang diterbitkan oleh Nebiula Production. Album sulung ini mengandungi lapan buah lagu(dua daripadanya instrumental) dan merupakan sebuah album konsep yang memperkatakan tentang watak hero dalam budaya Melayu,disulami kupasan luas tentang ketaatan mutlak, pengkhianatan dan fenomena amuk yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Di dalam album ini juga mereka bereksperimen dengan instrumen gamelan yang original (bukan tempelan samples dari keyboard atau komputer! dan menjadi kumpulan pertama (metal) bereksperimen dengan gamelan original di dalam album di Malaysia) iaitu saron pekin dan saron baron dan gendang/ rebana. Lagu secara asasnya death metal dan lirik menjurus kepada penulisan tentang sejarah Melayu inspirasi Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Kumpulan ini sedang berehat. Lena oleh mimpi yang panjang!Mungkin sahaja mereka terus tidur kerana kuncinya tertinggal di Bukit Seguntang! User-contributed text is avail